2 research outputs found

    Vulnerability of the Emirati Energy Sector for Disaster: A Critical Review

    Get PDF
    Infrastructure in all its forms is a valuable asset and vulnerable to any natural or manmade hazard. The protection of infrastructure is thus one of the most important and difficult tasks for any government. The energy sector dominates in the UAE and consists of various assets - electricity, oil and natural gas that are geographically dispersed and connected by systems and networks. The protection of these systems and assets and within the energy sector especially, the safeguarding of oil and gas infrastructure from any and all internal and external threats should become top priority in the UAE. Threats to geopolitical and economic stability that need to be considered and prepared for include tectonic activity, climate change, nuclear energy, terrorism and war. This paper explores the disaster vulnerability of the Emirati energy sector with specific focus on Abu Dhabi and Dubai cities. It is based on secondary data, taken from various academic and professional sources, and primary data from a questionnaire survey administered on site at two electricity-generating plants in Abu Dhabi and Dubai. Forty questionnaires were distributed and 35 were returned back- 20 Abu Dhabi and 15 Dubai. Oil and gas sectors were identified as the most vulnerable energy sources in both Abu-Dhabi and Dubai. Risk from terrorism was thought to be the greatest hazard with every single respondent choosing it. This was despite the fact that respondents believe it to be one of the threats that the energy sector is prepared for

    Theological innovation and intellectual efforts in facing it : theoretical and applied study in the UAE's communities / Madheya Khalifa W.O. Saeed Mohd Al-Kaili

    Get PDF
    Kajian ini membicarakan tentang bidā€™ah akidah yang terdapat dalam masyarakat UAE, pengertian, kesan-kesan, dan hukumnya dalam Islam, kajian ini juga menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya amalan bidā€™ah dan metode yang digunakan oleh para ulama dalam menangani masalah ini. Tujuan utama penelitian ini ialah untuk memperjelas hakikat bidā€™ah, penyebab berlakunya bidā€™ah, hukumnya dalam Islam, dan faktor yang menyebabkan ianya tersebar di negara-negara Islam. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis pandangan-pandangan ulama mengenainya, sama ada ulama klasik mahupun ulama kontemporari, dan mengkaji karya-karya para ulama yang membincangkan perkara ini, serta mencuba untuk memperbetulkan beberapa amalan bidā€™ah yang tersebar dalam masyarakat UAE. Antara persoalan yang akan dijawab oleh kajian ini ialah: apakah hakikat bidā€™ah secara bahasa dan istilah? apakah hukumnya dalam Islam? Bilakah amalan bidā€™ah mula muncul? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya amalan bidā€™ah? Bagaimanakah sikap ulama terhadap amalan bidā€™ah? bagaimanakah fenomena bidā€™ah yang berlaku di kalangan masyarakat UAE, dan apakah metode yang sesuai untuk menanganinya? Dalam menjalankan penelitian ini penulis menggunakan metode induktif untuk mengumpulkan maklumat yang berkenaan dengan tajuk kajian, dan metode kajian lapangan dengan menyebarkan borang soal selidik. Kajian ini mengandungi pendahuluan, dua bab, dan penutup. Dalam pendahuluan penulis menjelaskan tentang konsep bidā€™ah, pembahagiannya dan penyebab-penyebab yang dapat mendorong berlakunya amalan bidā€™ah, kemudian bab pertama membincangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan berlakunya amalan bidā€™ah, kemudian menjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh para ulama demi mengelakkan seseorang terjerumus dalam amalan bidā€™ah. Bab kedua pula merupakan kajian praktikal mengenai fenomena bidā€™ah di kalangan masyarakat UAE. Penelitian ini diakhiri dengan bab petutup yang merangkumi beberapa hasil kajian dan cadangan, di antaranya ialah: kajian soal selidik yang telah dijalankan mengemukakan beberapa maklumat tentang rensponden secara umum dan didapati bahawa mereka mengetahui dan menyedari adanya amalan-amalan bidā€™ah yang berlaku dalam masyarakat sekitar. Didapati juga bahawa ramai dari kalangan perempuan yang menggunakan kalung azimat yang dinyakini dapat mengelakkan daripada kejahatan sihir. Kajian ini mencadangkan agar sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah Nabi, hendaklah tidak mengikuti mana-mana ajaran kecuali setelah memastikan sumbernya, sentiasa merujuk kepada ulama ketika menghadapi masalah-masalah agama dan tidak bertaklid buta, serta tidak membuka pintu ijtihad selebar-lebarnya kepada diri sendiri; sebab ijtihad hanya dapat dilakukan oleh ahlinya
    corecore